Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " tabung kewangan antarabangsa"

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$126.9 Bilion Setakat 30 Jan, 2026

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding US$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.

Kerajaan Jangka Defisit Fiskal Susut Kepada 3.5 Peratus Tahun Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Defisit fiskal dijangka terus turun kepada 3.5 peratus berdasarkan Belanjawan 2026, hampir mencapai sasaran jangka masa sederhana 3.0 peratus mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal yang semakin kukuh.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$125.53 Bilion Pada Akhir Disember 2025

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$125.53 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$266.1 juta pada akhir Disember 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketegangan AS-EU Memuncak

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaki Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah susulan ketegangan antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) memuncak susulan kenyataan baharu oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenai Greenland. 

Aset Rizab Malaysia Pada US$124.12 Bilion Setakat Akhir November 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$124.3 Bilion Setakat 15 Dis

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$124.3 bilion setakat 15 Dis, 2025.

Penilaian IMF Cerminkan Disiplin Fikal Malaysia, Komitmen Terhadap Pembaharuan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia mencerminkan pengurusan fiskal negara yang berhemat, permintaan domestik kukuh dan komitmen terhadap pembaharuan struktur di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perdana Menteri Sambut Baik Penilaian IMF, Menegaskan Keutamaan Pengurusan Ekonomi Berhemat

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia dengan menekankan bahawa keutamaan kerajaan tetap memastikan kestabilan ekonomi diuruskan secara bertanggungjawab.

Malaysia Pamer Ketahanan Ekonomi Kental Meskipun Berdepan Ketegangan Perdagangan - IMF

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Didorong Harga Minyak Mentah, Jangkaan Rangsang China

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.

Aset Rizab Malaysia Pada US$123.76 Bilion Setakat Akhir Oktober 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$123.76 bilion (US$1= RM4.12) pada 31 Okt, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$201.6 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$124.1 Bilion Setakat 14 Nov

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 14 Nov, 2025 berbanding US$123.8 bilion yang dicatatkan semasa 31 Okt, 2025.