Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " tahniah"

MEF Gesa Kerajaan Teruskan Dasar Pro-pelaburan, Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan menyediakan fleksibiliti dalam dasar bagi menarik syarikat-syarikat multinasional dan syarikat besar antarabangsa untuk menubuhkan ibu pejabat serantau atau global masing-masing di Malaysia.

Kejayaan Sebagai Pengerusi ASEAN, Aliran Masuk FDI Kukuhkan Prospek Ekonomi 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sultan Ibrahim Puji Pencapaian Ekonomi Negara, Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dan berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu.

Labuan Anjur Dialog Strategik O&G Pertama Bagi Tangani Kekangan Operasi

LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Labuan hari ini menganjurkan Dialog Strategik Minyak dan Gas (O&G) bagi mengatasi kekangan operasi dalam industri dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta serta pengawal selia kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. 

Negeri Sembilan Mampu Tingkat Pelaburan Cecah RM8 Bilion Tahun Ini - Aminuddin

KUALA PILAH, 14 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan dijangka mampu meningkatkan aliran masuk pelaburan sehingga mencecah RM8 bilion menerusi pelbagai sektor tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Industri MICE Raih Anggaran Impak Ekonomi RM1 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.

MATRADE Lantik Abu Bakar Yusof Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.

Peluncuran Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Lakar Sejarah Pembangunan Sistem Pengangkutan Negara

JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia melakar sejarah baharu dalam pembangunan sistem pengangkutan negara dengan peluncuran penyempurnaan dan pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru hari ini.

KWSP Lantik Mohamad Hafiz Sebagai CIO, Ahmad Rizal Sebagai CFO

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.

PM Anwar Tekankan Potensi Besar Hubungkan AfCFTA-ASEAN, Buka Ruang Pertumbuhan Baharu

Daripada M. Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat potensi besar untuk menghubungkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN, yang dapat membuka ruang pertumbuhan baharu.

Malaysia Sedia Buka Akses Produk Ayam, Makanan Ternakan Untuk Di Eksport Ke Ethiopia

Daripada M.Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia membuka akses produk seperti ayam, sarang burung dan makanan ternakan untuk dieksport ke Ethiopia selain menawarkan kepakaran penanaman sawit dan benih berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia, Ethiopia Perlu Permudah Dan Percepat Kerjasama Ekonomi - PM Anwar

Daripada Saraswathi Muniappan

ADDIS ABABA (Ethiopia), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.