BERITA TERKINI   Amaran hujan berterusan tahap waspada libatkan beberapa kawasan di Sarawak berkuat kuasa sehingga Sabtu ini - MetMalaysia | 

Terdapat 158 berita berdasarkan kata kunci carian " tawaran awam"

Syarikat Sekutu Borneo Oil, Verde Resources Mohon Penyenaraian Di Nasdaq

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Verde Resources Inc, syarikat sekutu Borneo Oil Bhd  telah memohon untuk menyenaraikan saham biasanya di pasaran saham Nasdaq, bersempena dengan cadangan tawaran awam tajaan jamin di Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekal Stabil Harungi Cabaran Global, Disokong Penilaian Menarik

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.

Kekurangan Firma Modal Besar Jadikan Bursa Malaysia Kurang Menarik Kepada Pelabur Asing - PNB

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kekurangan firma bermodal besar dengan mudah tunai yang mencukupi merupakan satu daripada cabaran utama yang menjadikan Bursa Malaysia kurang menarik kepada pelabur asing berbanding rakan-rakan serantau, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Ambest Group Sasar Penyenaraian Di Bursa Malaysia Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.

Wasco Greenergy Jangka Lonjakan Permintaan Biotenaga Susulan Peralihan Penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd berazam mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian biotenaga bersepadu khusus susulan peningkatan permintaan teknologi penyahkarbonan di rantau ini.

LAC Med Dibuka Mendatar Dalam Penyenaraian Sulung Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) --  LAC Med Bhd dibuka pada paras mendatar di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini menyamai harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 75 sen dengan kira-kira 5.8 juta saham diniagakan.

Pasaran IPO Malaysia Berada Di Landasan Bagi 60 Penyenaraian Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia memperlihatkan prestasi kukuh tahun ini, dengan jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.

PNB, GLIC Giat Terajui Inisiatif Lahirkan 10 Juara Bumiputera

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain komited untuk menerajui inisiatif 10 Juara bumiputera yang bermatlamat mewujudkan 10 syarikat dengan masing-masing mempunyai modal pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta menjelang 2030.

SC Lulus Cadangan Penyenaraian Sunway Healthcare Di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

PSP Energy Perluas Perniagaan Bahan Api Marin Dengan Hab Bunkering Di Melaka

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- PSP Energy Bhd menyasarkan untuk memperluas perniagaan bahan api marinnya dengan pembangunan hab bunkering di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.

Croesus IT Sasar Pengembangan Teknologi Perladangan Susulan Penyenaraian LEAP

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Croesus IT Holdings Bhd mengukuhkan tumpuannya terhadap teknologi perladangan sebagai pemacu pertumbuhan utama selepas penyenaraian di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini.