Peningkatan FDI, JS-SEZ Pacu Pusat Data Dan Sektor Pembuatan Termaju Malaysia
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia menyaksikan momentum yang kukuh dalam pusat data dan perkembangan pembuatan termaju selepas dipacu oleh lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut firma penasihat projek serta perundingan pengurusan dari Australia, TBH Consultancy.