Terdapat 205 berita berdasarkan kata kunci carian " tengku zafrul "

Platform Bersepadu One Credit Dilancarkan, Urus Risiko Dan Taja Jamin Kredit

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Firma teknologi kewangan (fintech) dan data risikan, One Strategy Group Sdn Bhd melancarkan One Credit -- platform bersepadu khusus bagi pengurusan risiko, kenali pelanggan anda (KYC) dan penajajaminan kredit.

Malaysia Harap BRI Bantu Pengembangan ASEAN-China Melangkaui Rantau Lain

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia melihat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mampu berkembang melangkaui rangka kerja dua hala atau serantau sehingga menjadi platform untuk perkongsian ASEAN-China meneroka pasaran ketiga seperti Afrika dan Eropah.

ASEAN Perlu Wujudkan Ekosistem Pelaburan Kondusif, Sokong Pelaburan Syarikat Negara Anggota

JAKARTA, 5 Feb (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu mewujudkan ekosistem pelaburan yang kondusif termasuk layanan yang setara bagi menyokong pelaburan syarikat dari negara anggota lain, sekali gus memastikan rantaian bekalan serantau yang lebih bersepadu.

Sektor Elektrik Dan Elektronik Antara Tumpuan Pelaburan Utama Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MIDA Sasar Potensi Pelaburan Meluas Selain Pusat Data Pada 2026 

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima pelbagai pelaburan berpotensi dalam pelbagai sektor tahun ini, dan bukan sahaja tertumpu kepada pusat data.

MIDA Sambut Baik Pelantikan Tengku Zafrul Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.

China Beri Isyarat Mahu Perkukuh Perdagangan Dan Pelaburan, Cadang MOU - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- China telah memberi isyarat mengenai hasrat untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia melalui cadangan memorandum persefahaman (MOU), susulan perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) di Beijing baru-baru ini.

NIMP 2030: Visi Zafrul Sasar Syarikat Tempatan Jadi Peneraju Global

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin & Nur Aiman Najwa Dzamae

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini, meninggalkan visi untuk masa depan Malaysia, menyasarkan syarikat daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga pemain utama menjadi peneraju pada peringkat global.

NIMP 2030: Visi Zafrul Sasar Syarikat Tempatan Jadi Peneraju Global

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini, meninggalkan visi untuk masa depan Malaysia, menyasarkan syarikat daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga pemain utama menjadi peneraju pada peringkat global.

Kepimpinan, Dedikasi Pacu Daya Saing Perdagangan Malaysia Antara Legasi Tengku Zafrul

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2 Dis, 2025, tidak hanya meninggalkan legasi dalam bentuk semangat berterusan bagi memacu daya saing global Malaysia, malah turut memaparkan kepimpinan cemerlang dalam membantu mengurangkan kadar tarif dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

PM Anwar Umum Jawatan Baharu Tengku Zafrul Pada 3 Disember

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.