Petronas Mahu Kekalkan Pengeluaran Domestik Dua Juta Tong Minyak Sehari Dalam Tiga Tahun Akan Datang
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengekalkan pengeluaran domestik kira-kira dua juta tong setara minyak sehari (MMboe/d) dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan pemulihan minyak yang dipertingkatkan.