Tarif AS Dijangka Beri Kesan Kepada Dagangan Di Bursa Malaysia Minggu Depan
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan tidak menentu minggu depan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai langkah tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun pembelian institusi yang berterusan sepatutnya menyokong kecenderungan positif.