WOU Bekerjasama Dengan Tiga Syarikat Bagi Perkukuh Semikonduktor Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 6 Mac (Bernama) -- Wawasan Open University (WOU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor semikonduktor dan pembuatan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.