TM Siap Sedia Pulih Infrastruktur Rangkaian Terjejas Di Putra Heights Akibat Letupan Paip Gas
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan bahawa pasukan teknikalnya bersiap sedia untuk memulihkan perkhidmatan dan membina semula infrastruktur rangkaian yang terjejas secara berperingkat, bergantung kepada tahap kerosakan akibat letupan paip gas di Putra Heights.