APEC Semak Semula Prospek Pertumbuhan 2025 Kepada 3.1 Peratus Meskipun Cabaran Global
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah disemak semula kepada 3.1 peratus tahun ini, tinggi sedikit daripada unjuran awal pada tiga peratus, disokong aktiviti rancak perdagangan dan permintaan kukuh barangan berteknologi tinggi.