Terdapat 2928 berita berdasarkan kata kunci carian " usaha"

Syarikat Malaysia Perlu Pelbagai, Berani Cebur Sektor Berkaitan Ekoran Ketidaktentuan - PwC

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu mempertimbangkan langkah mempelbagaikan usaha dengan menceburi bidang lain yang berkait rapat dengan perniagaan teras, termasuk ekuiti agar dapat memanfaatkan kemahiran selain mengurangkan risiko.

Malaysia Perlu Teruskan Libat Urus Diplomatik Susulan Siasatan 301 AS -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu bertindak meneruskan aspek libat urus diplomatik, memaparkan ketelusan dalam rantaian pembuatan dan bekalan selain mengukuhkan usaha pempelbagaian perdagangannya, kata ahli ekonomi.

Kementerian Ekonomi Muktamadkan Pelan Induk Pelaburan JS-SEZ - Akmal Nasrullah 

PUTRAJAYA, 12 Mac -- Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

Kerajaan Utamakan Kestabilan Ekonomi, Kawal Kos Sara Hidup Rakyat - Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Risiko Geopolitik Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah dalam persekitaran ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berterusan, manakala harga minyak mentah kekal tinggi.

Malaysia Memiliki Ketahanan Struktur Terhadap Kejutan Luaran Tetapi Tidak Dapat Melindungi Diri Sepenuhnya - Petronas

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai tahap daya tahan struktur terhadap kejutan luaran yang timbul akibat konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

AS Siasat Lebihan Kapasiti Pengeluaran Di 15 Negara Termasuk Malaysia, Kesatuan Eropah

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) telah memulakan siasatan terhadap tindakan, dasar dan amalan ke atas 15 negara, termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU), di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 berkaitan dengan kapasiti berlebihan struktur dan pengeluaran dalam sektor perkilangan.

Konflik AS-Iran Dan Sekatan Tenaga : Apa Seterusnya Bagi Asia?

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 RM1.99 Seliter, Naikkan Bantuan Budi Diesel Kepada RM300 Sebulan - MOF

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.

Potensi Pelepasan Minyak Simpanan Pacu Momentum Bursa Malaysia Naik 7.10 Mata

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Rabu, didorong pemulihan sentimen pasaran susulan laporan pelepasan stok simpanan minyak bagi meredakan lonjakan harga tenaga global, kata penganalisis.

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kesan Konflik AS–Iran, Bekalan Minyak Negara Terkawal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan konflik Amerika Syarikat (AS)–Iran terhadap ekonomi negara susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.