Terdapat 757 berita berdasarkan kata kunci carian " wajaran tinggi"

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Hampiri Paras Tertinggi Dalam Tempoh 16 Bulan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 16 Bulan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik.

Aktiviti Pengambilan Untung Asak FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Sesi Keempat Berturut-turut Susulan Belian Pelabur Institusi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

FBM KLCI Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Walaupun Pasaran Meluas Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Aktiviti Memperelok Akaun

KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.