Tenaga Kerja Aeroangkasa Malaysia Lebih 35,000 Pada 2025, Atasi Sasaran MAIB 2030
SHAH ALAM, 22 MeiĀ (Bernama) -- Sektor aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan di Malaysia menggaji lebih 35,000 pekerja berkemahiran tinggi pada 2025, melebihi sasaran awal iaitu lebih 30,000 pekerja menjelang 2030 yang ditetapkan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030.