Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "ccob"

CCOB Jangka RUU Kredit Pengguna Boleh Dikuatkuasakan Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika dijangka dikuatkuasakan pada suku pertama 2026, kata Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB). 

BNPL Dan Hutang: Antara Kemudahan Dan Kebimbangan

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dijangka Diwartakan Menjelang Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga Ketua Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) Abu Hassan Alshari Yahaya.

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.

Akta Kredit Pengguna Akan Kawal Penyedia Kredit Bukan Bank Dan Perkhidmatan Kredit -- BNM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.