BERITA TERKINI   Ringgit meningkat kepada 3.9155/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 ketika ditutup pada Isnin | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "hock soon"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Sebelum Tahun Baharu Cina

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan manakala kebimbangan terhadap saham teknologi global terus menjejaskan sentimen dan selera risiko pelabur.

KLCI Rendah Pada Tengah Hari Didorong Aktiviti Jualan Meluas

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Saham tempatan menutup sesi dagangan pagi pada paras rendah, didorong oleh jualan meluas dalam kalangan kaunter utama, seiring penurunan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Sederhana; Jumlah Dagangan Dijangka Kekal Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sederhana dalam dagangan awal pada Jumaat, dengan jumlah dagangan dijangka kekal rendah berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Hock Soon Capital Mula Disenaraikan Turun Tujuh Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Hock Soon Capital Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan apabila dibuka pada 53 sen, berkurangan tujuh sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 60 sen, susulan permintaan pelabur yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama, Hock Soon Sasar Kumpul RM60 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Syarikat penternakan Hock Soon Capital Bhd menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM60 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd yang dijadualkan pada 13 Feb, 2026.