Terdapat 2 berita berdasarkan kata kunci carian "kadar fed as"

Tiada Keperluan Mendesak Untuk Turunkan OPR, Prospek Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tetapi tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian berdasarkan prospek ekonomi negara yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. 

Malaysia Dijangka Kekal Catat Pertumbuhan 4-4.5 Peratus Tahun Depan, Didorong Permintaan Lebih Tinggi Terhadap Semikonduktor, Aplikasi AI – MoF

Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).