Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "mdt"

MIHAS 2025 Lepasi Sasaran, Jana Perdagangan Bernilai RM6.05 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM6.05 bilion, mengatasi RM4.3 bilion tahun lepas dengan peningkatan 40.7 peratus.

MATRADE Sasar Jualan RM2.5 Bilion Pada INSP MIHAS 2025

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) menyasarkan jualan bernilai RM2.5 bilion melalui lebih daripada 4,000 mesyuarat perniagaan secara satu dengan satu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

MIHAS 2025 Dijangka Tarik Lebih 45,000 Pelawat Perdagangan, 2,300 Reruai Dari 45 Negara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.

Malaysia Anjur MIHAS 2025 Pada September, Turut Disertai Pembeli Dari Perancis

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Peruntukan RM50 Juta Bantu MATRADE Kembang Eksport Di Pasaran Sedang Pesat Membangun

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengembangkan eksport Malaysia di pasaran sedang pesat membangun susulan peruntukan RM50 juta kerajaan untuk strategi pempelbagaian perdagangan globalnya.

MIHAS 2025 Akan Manfaatkan Platform MDT Sasar Jualan Halal Global Bernilai RM4.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-21 akan memanfaatkan platform Perdagangan Digital MADANI (MDT) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan jualan halal global berjumlah RM4.5 bilion bagi 2025.

Khidmat Reezal Merican Sebagai Pengerusi MATRADE Disambung Untuk Tempoh Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan terus memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 18 April 2025. 

MATRADE Lancar Perdagangan Digital MADANI

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Perdagangan Digital MADANI : Anjakan Perubahan Bantu PKS Manfaatkan Teknologi - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Inisiatif Perdagangan Digital MADANI (MDT) mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).

MATRADE Akan Perkenal Perdagangan Digital MADANI, Hubungkan Perniagaan Dengan Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

MDEC Raih Peluang Eksport Digital Lebih RM360 Juta Di GITEX Global, ENS 2024

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

 DUBAI, 17 Okt (Bernama) -- Penglibatan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global dan Expand North Star (ENS) 2024 di Dubai telah menghasilkan peluang eksport lebih RM360 juta, iaitu lonjakan yang luar biasa sebanyak 10 peratus daripada yang dicapai pada acara yang sama tahun lepas.