Anak Syarikat Meta Bright Peroleh Kontrak Bekal Konkrit Untuk Projek Di Sabah
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Meta Bright Group Bhd (MBGB) menerusi anak syarikat 70 peratus miliknya, Expogaya Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan konkrit berjumlah RM30 juta bagi projek Boulevard 360 Bundusan di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.