Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian "narendra modi"

Malaysia Dan India Iktiraf Kemajuan Besar Dicapai Petronas Dan Gentari Dalam Usaha Perkasa Tenaga Hijau

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India mengiktiraf kemajuan ketara yang dicapai oleh Petroliam National Bhd (Petronas) dan Gentari dalam landskap tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau India dalam sektor tenaga.

Malaysia Ulangi Komitmen Untuk Kekal Sebagai Pembekal Minyak Sawit Boleh Dipercayai Ke India

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi komitmen Malaysia untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit mampan yang boleh dipercayai kepada India.

India Akan Pertingkat Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Ekonomi Digital, Semikonduktor

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- India akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Malaysia, India Akan Galakkan Guna Mata Wang Ringgit-Rupee Dalam Perdagangan Dua Hala - PM Anwar

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India telah bersetuju untuk mempercepatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UPI India Akan Diperkenalkan Di Malaysia, Kata Modi

SERI KEMBANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, kata Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Lawatan Modi Ke Malaysia Dijangka Kukuhkan Lagi Hubungan Dua Hala

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia esok dijangka mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India berikutan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2024 terutama dalam perdagangan dan kerjasama ekonomi merentas pelbagai sektor, kata penganalisis.

Lawatan Anwar Ke Afrika Perkukuh Hubungan Dengan Selatan Global, Buka Peluang Pasaran Baharu

Daripada M.Saraswathi

NAIROBI (Kenya), 25 Nov (Bernama) - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di Afrika mencerminkan komitmen Putrajaya untuk memperkukuh hubungan dengan Selatan Global serta meletakkan Malaysia secara strategik sebagai rakan dipercayai dalam dunia yang semakin multipolar.

PM Anwar, Modi Mahu Perkukuh Hubungan Dua Hala Malaysia-India Ke Tahap Lebih Strategik

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia dan India berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Selangor Mampu Tingkat Pulangan Pelaburan, Perkukuh Sumbangan KDNK - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kerjasama Dalam Sektor Semikonduktor Malaysia-India Jadi Tumpuan Utama Menjelang Lawatan Modi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia dan India sedang meneroka kerjasama lebih erat dalam sektor semikonduktor, pengumuman mengenainya dijangka dilakukan semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia bulan depan.

Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil Berjaya Capai Objektif - PM Anwar

RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Anwar Mengadakan Pertemuan Dengan Modi Di Sidang Kemuncak BRICS Di Rio De Janeiro

RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi mengadakan pertemuan di Rio de Janeiro pada Ahad (pagi Isnin di Malaysia).