Neways Dari Belanda Buka Kemudahan Pembuatan Berteknologi Tinggi Di Selangor
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Neways Electronics yang berpangkalan di Belanda, telah membuka kemudahan pembuatan berteknologi tinggi di Selangor, sekali gus mengukuhkan strategi pertumbuhannya dan meletakkan syarikat pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan serantau yang semakin meningkat sambil memperluas jejak pembuatan globalnya.