Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabuhan pulau pinang"

Pelabuhan Pulau Pinang Dijadikan Sebagai “Homeport” Akan Pertingkat Peranan Maritim Malaysia

Oleh Farhana Poniman

GEORGE TOWN, 27 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang, diterajui Terminal Pelayaran Jeti Swettenham (SPCT), sebagai “homeport” (pangkalan kapal) utama bagi wilayah utara dijangka akan meningkatkan peranan Pulau Pinang dalam ekosistem maritim Malaysia dan memperkukuh ketersambungan ekonomi serantau.

2025: Sektor Pelabuhan Lakar Prestasi Terbaik Namun Perkapalan, Pengangkutan Masih Harungi Gelora, Ranjau

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia sedang “berlayar” menuju ke penamat 2025 dalam keadaan yang “berombak”, dengan subsektor seperti pelabuhan melakarkan prestasi paling cemerlang didorong oleh peluasan rangkaian pemindahan ke kapal melalui kerjasama rakan antarabangsa.

Pulau Pinang Sasar Penumpang Kapal Persiaran Tumbuh 47 Peratus Pada 2026

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.

P.Pinang Sasar Lonjakan Pelancongan Maritim Dengan Pelancaran Kapal Persiaran ''Penang Princess''

GEORGE TOWN, 21 Nov (Bernama) -- Industri pelancongan Pulau Pinang dijangka menerima rangsangan besar dengan pelancaran “Penang Princess”, kapal persiaran dengan restoran mewah pertama negeri itu yang dibangunkan bagi memperkukuh tarikan maritimnya.

RMK13: NCER, Pulau Pinang Fokus Ekonomi Penciptaan Nilai, Industri Pertumbuhan - Chow

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Hala tuju Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi Pulau Pinang mengikut Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai, industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi serta pengembangan wilayah yang seimbang.

MRT Corp Sasar Tender Terbuka Segmen Jambatan LRT Pulau Pinang Pada Oktober

GEORGE TOWN, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyasarkan untuk melancarkan tender terbuka bagi cadangan segmen jambatan dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Line Pulau Pinang pada Oktober ini.  

Malaysia Alu-alukan Ketibaan Kapal Persiaran China Hasil Perkongsian Hwajing-Astro Ocean

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyambut ketibaan kapal pelayaran China yang pertama berpengkalan di negara ini dengan kehadiran M/V Piano Land, hasil perkongsian strategik antara Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd dan syarikat pelayaran China Astro Ocean Cruise.

Kehadiran Bank Utama Malaysia Di Laos Cermin Keyakinan Kukuh Pelabur - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kehadiran empat bank utama Malaysia di Laos mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar menarik negara itu, terutamanya cara Bank Pusatnya mengurus institusi kewangan.

Fasa Pertama Perlis Inland Port Berupaya Kendali 300,000 TEU Kontena Setahun - Loke

PADANG BESAR, 24 Mac (Bernama) — Fasa 1 Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, di sini, dijangka siap pada suku ketiga tahun ini berupaya mengendalikan 300,000 bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setahun.

Kerajaan Tidak Pernah Sisih Pelaburan Ke Kedah - PM Anwar 

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menyisihkan pelaburan ke Kedah, malah turut memberi cadangan dan menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.

Penang Port Jangka Cecah 1.5 Juta TEU Menjelang Akhir Tahun, Kata CEO

BUTTERWORTH, 23 Sept (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd dijangka melebihi kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sasedharan Vasudevan.