Malaysia Antara Pihak Gesa Kerjasama Global Lebih Kukuh Bagi Tindakan Iklim Penerbangan
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bersama Malaysia, Jepun dan pihak berkepentingan utama industri penerbangan, menggesa kerajaan dan komuniti antarabangsa untuk mengesahkan lagi kepimpinan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selain mempercepat tindakan iklim diselaras ke arah penerbangan karbon sifar bersih menjelang 2050.