Pensonic Lihat Prospek Positif Selepas Untung Bersih Naik 53 Peratus Pada Suku Pertama
GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Pensonic Holdings Bhd (Pensonic) mencatatkan peningkatan 53 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Ogos tahun kewangan 2026, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kecekapan operasi yang lebih baik dan kemajuan berterusan di bawah strategi berorientasikan gaya hidup.