Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas gas bhd"

Untung Bersih Petronas Gas Turun Kepada RM444.23 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM444.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM493.67 juta bagi suku sama tahun kewangan 2024.

Petronas Gas Mahu Lebih Kuasa Terhadap Pembangunan Berhampiran Saluran Paip

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) – Petronas Gas Bhd (PGB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk memperkenalkan peraturan baharu di bawah Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501), Akta Bekalan Elektrik 1990 dan undang-undang lain bagi meningkatkan keselamatan serta pengawasan di sekitar rangkaian saluran paipnya.

PGB Pulihkan Sepenuhnya Bekalan Gas Ke Kawasan Utama Batu Tiga, Connaught Bridge

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah memulihkan sepenuhnya bekalan gas ke kawasan utama di Batu Tiga, Shah Alam, dan Connaught Bridge berikutan penyempurnaan proses pengaliran gas bagi talian paip pintasan baharu yang dibina pada 1 Julai 2025.

Pengembangan Kukuh Pusat Data Akan Pacu Permintaan Elektrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pengembangan pusat data (DC) yang kukuh dijangka memacu permintaan elektrik seterusnya meningkatkan keperluan untuk penjanaan tenaga dan penggunaan gas, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Research).

Petronas Gas Komited Terhadap Penambahbaikan Berterusan, Terima Hasil Siasatan Putra Heights

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan semula komitmennya terhadap ketelusan penuh, penambahbaikan berterusan, keprihatinan kepada mereka yang terjejas, dan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

Petronas Gas Unjur Impak Keuntungan RM60 Juta Pada Tahun Kewangan 2025 Susulan Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) pada masa ini dianggarkan mengalami jumlah impak keuntungan sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangan 2025.

Petronas Gas Terus Salur Bantuan Untuk Mangsa Insiden Putra Heights

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah bertindak mengaktifkan pasukan tindak balas krisis dan kecemasan untuk menggerakkan sumber, termasuk sukarelawan bagi membantu individu dan keluarga terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Kebakaran Di Putra Heights Cetus Gangguan Pengeluaran, Kerugian Kewangan 200 Kilang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahan industri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.

Putra Heights : Petronas Gas Kukuh Komitmen Keselamatan Dan Kebolehpercayaan

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan bahawa ia sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa dalam semua peringkat operasinya.

Saham Petronas Gas Turun 1.30 Peratus Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.