FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.