Wanita Dalam Penerbangan: Menembusi Batas, Menakluk Angkasa
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan, yang sebelum ini didominasi lelaki, kini menyaksikan wanita mula menembusi sempadan tradisional, berani membuat pengorbanan demi mengejar impian, dan membuktikan bahawa minat, ketekunan dan keberanian tidak mengenal jantina.