Saint-Gobain Akan Labur RM200 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Di Perak
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Malaysia Saint-Gobain Group, Saint-Gobain Prima Sdn Bhd akan melabur lebih RM200 juta antara 2025 dan 2029 untuk membina kemudahan pembuatan di Taman Perindustrian Kanthan di Chemor, Perak, mengukuhkan komitmennya terhadap pembinaan ringan dan mampan.