Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian "swift energy"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Penjualan Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau. 

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada awal dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mengambil kesempatan susulan penyusutan baru-baru ini.

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan. 

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih kerana pelabur kekal berada di luar pasaran kerana kekurangan petunjuk baharu, kata peniaga.