Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembinaan, Wawasan Dengkil Holdings Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia hari ini merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan lebih banyak projek infrastruktur ladang solar.