KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa.
Pada pukul 9.18 pagi, Oktober 2024 meningkat 8.5 mata kepada 1,614.5, November 2024 naik 9.5 mata kepada 1,619.5, Disember 2024 menokok 8.5 mata kepada 1,622.5, dan Mac 2025 menambah 9.5 mata kepada 1,612.0.
Jumlah dagangan susut kepada 4,734 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 65,932 kontrak.
FBM KLCI yang menjadi penanda aras meningkat 5.57 mata pada 1,615.90 selepas 42 minit dagangan.
-- BERNAMA