JENAYAH & MAHKAMAH

Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Hilang Selepas Proses Kutipan

07/11/2024 10:09 AM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah beg yang berisi wang tunai berisi wang tunai RM1 juta daripada sebuah pusat beli belah di Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.55 petang, selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank, dekat sini.

“Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu difahamkan kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan terlibat selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy