PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

12/11/2024 07:39 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak semerta November 2024 merosot 2.5 mata kepada 1,609.0, Disember 2024 dan Jun 2025  menurun 1.0 mata masing-masing kepada 1,613.5 and 1610.0 dan Mac 2025 susut 0.5 mata kepada 1,601.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,253 lot daripada 5,604 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 37,877 kontrak daripada 38,241 sebelumnya.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI susut 0.83 mata untuk ditutup kepada 1,608.43 berbanding 1,609.26 mata pada Isnin.

 

 -- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy