PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Pasaran AS

27/11/2024 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan momentum positif pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepada US$2,651.60 setiap auns troy daripada US$2,622.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya ditutup tinggi kepada US$2,664.50 setiap auns troy berbanding US$2,635.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 84 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 23 kontrak daripada 101 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,622.10 setiap auns troy. 

-- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy