PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakan Tinggi Pada Dagangan Awal

28/11/2024 11:04 AM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya mencatat prestasi tinggi pada awal dagangan Khamis.

Pada 9.30 pagi, kontrak November 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,604.0, Disember 2024 naik 1.5 mata kepada 1,606.5, Mac 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,595.5 dan Jun 2025 tidak berubah pada 1,604.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,611 lot, dengan kepentingan terbuka 58,843 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 1.99 mata kepada 1,606.24 selepas 30 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy