EKONOMI

Bursa Malaysia Ditutup Pada Hari Krismas, Tahun Baharu

19/12/2024 05:14 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2024 sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2025 sempena Tahun Baharu.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, bursa tempatan itu dan anak syarikatnya akan menyambung semula operasi masing-masing pada 26 Dis, 2024 dan 2 Jan, 2025. 

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy