PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

23/12/2024 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian baharu.

Kontrak semerta Disember 2024 meningkat kepada US$2,630.60 setiap auns tory daripada US$2,607.00 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas, manakala Januari 2025 menokok kepada US$2,643.70 setiap auns troy daripada US$2,620.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing melonjak kepada US$2,653.90 setiap auns troy daripada US$2,630.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada empat lot daripada lima lot manakala kepentingan terbuka menurun kepada 23 kontrak daripada 24 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,616.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy