PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

23/12/2024 07:23 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat 0.5 mata kepada 1,590.00, Januari 2025 menurun 0.5 mata kepada 1,594.50, Mac 2025 menyusut 2.0 mata kepada 1,578.00 dan Jun 2025 tidak berubah pada 1,585.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11,341 lot daripada 7,703 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,085 kontrak berbanding 44,108 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.79 mata atau 0.3 peratus kepada 1,596.20 berbanding 1,591.41 sebelumnya.

-- BERNAMA  

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy