AM

Pakar Mata Rawat Anwar Ketika Di Penjara Meninggal Dunia

25/12/2024 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.

Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.

Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.

"Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan," katanya.

Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.

-- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy