MEXICO CITY, 6 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Kerajaan Brazil, yang mengambil alih jawatan Pengerusi BRICS pada 1 Jan, mengumumkan kemasukan Indonesia ke dalam organisasi itu sebagai anggota penuh, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kementerian Luar Brazil pada Isnin.
"Sebagai sebahagian daripada tempoh jawatan Pengerusi BRICS oleh Brazil, yang bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember 2025, Kerajaan Brazil pada hari ini, 6 Januari, secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS," menurut kenyataan kementerian itu.
-- BERNAMA-SPUTNIK