KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025, Mac 2025 dan Jun 2025 merosot 4.5 mata, masing-masing kepada 1,562.5, 1,548.0 dan 1,557.0, manakala Februari 2025 menurun kepada 4.0 mata kepada 1,566.0
Jumlah dagangan menyusut kepada 9,319 lot daripada 10,768 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 43,194 kontrak daripada 44,886 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 5.62 mata kepada 1,572.34 berbanding 1,566.72 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA