KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub hari ini mengumumkan Datuk Noor Azman Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Ismail Karim terus memegang jawatan Bendahari FAM bagi penggal 2025-2029.
Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, Mohd Joehari turut mengumumkan senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa Tetap serta Jawatankuasa Ad-Hoc FAM.
“Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden baharu Datuk Mohd Joehari dan dihadiri oleh kesemua 16 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres FAM Ke-61 2025 pada 15 Feb,” menurut kenyataan itu.
Berikut adalah senarai penuh Pengerusi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap serta Jawatankuasa Ad-Hoc FAM bagi penggal 2025-2029:
JAWATANKUASA TETAP FAM
1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S.Sivasundaram
3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
4. Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Hassan
5. Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: N.Saaran
Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
6. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
7. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
8. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
9. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr P.Sugumaran
10. Jawatankuasa Status
Pengerusi: N. Saaran
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
11. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Hishamuddin Abdul Karim
12. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Datuk Seri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hassan
13. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dr Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Azam Baki
14. Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Datuk Ismail Karim
15. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Datuk Dollah Salleh
16. Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: CP Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri
JAWATANKUASA AD-HOC FAM
1. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hassan
2. Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
-- BERNAMA