JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Parah Dihempap Lantai Restoran Yang Runtuh

08/03/2025 10:58 AM

KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dua jentera bomba bersama 13 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8 malam.

"Wanita berumur 51 tahun itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari in.

Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan berkenaan atas faktor keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada 9.38 malam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400239