SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.
-- BERNAMA