DUNIA

Angka Korban Banjir Di Mexico Melebihi 70 Orang

18/10/2025 12:51 PM

MEXICO CITY, 18 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di kawasan tengah dan timur Mexico meningkat kepada 72 orang, menurut kerajaan negara itu, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti.

Pihak berkuasa Mexico sebelum ini melaporkan lebih 60 kematian manakala 65 orang masih hilang.

“Jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 72 orang, manakala 48 dilaporkan masih hilang,” kata kerajaan Mexico dalam kemas kini pada Jumaat.

Jumlah korban tertinggi dicatatkan di Veracruz dengan 32 kematian, diikuti Hidalgo 21 kematian, manakala Puebla mencatatkan 18 kematian. Satu kematian turut disahkan di negeri Queretaro.

Lebih 12,000 anggota tentera dan pasukan penyelamat kini dikerah bagi melaksanakan operasi pemulihan kesan banjir dan tanah runtuh di seluruh negara, menurut kenyataan kerajaan Mexico.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480337