JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Buru Lelaki Pecah Masuk Pejabat Kerajaan Di Tangkak

28/10/2025 08:19 PM

TANGKAK, 28 Okt (Bernama) -- Polis memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an susulan kejadian pecah masuk pejabat Majlis Daerah Tangkak (MDT) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata suspek berbadan kurus dengan anggaran ketinggian antara 172 hingga 175 sentimeter dikesan rakaman kamera litar tutup (CCTV) memasuki pejabat kerajaan itu pada 5 pagi. 

“Siasatan awal polis mendapati dua unit tabung derma telah hilang,” katanya dalam kenyataan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 5222.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2484514