AM

PM Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Tokoh Sejarawan Ahmat Adam

03/11/2025 10:57 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tokoh sejarawan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam yang meninggal dunia petang tadi.

Anwar menyifatkan pemergian Allahyarham yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasakan jati diri bangsa melalui sejarah sebagai kehilangan seorang sarjana besar negara.

“Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian Allahyarham.

“Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Allahyarham Ahmat adalah antara 17 tokoh yang dilantik menganggotai Majlis Sejarawan Negara yang ditubuhkan pada September lepas.

Beliau ialah Profesor Emeritus dalam bidang ilmu sejarah dan mula bergiat menulis sejak 1970-an.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2486819