JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Warga Emas Hilang Di Bentong

03/11/2025 10:41 PM

KUANTAN, 3 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Chegar Medang Benus, Bentong semalam. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Zaiham Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Mohd Taib Ismail, 69, daripada isteri lelaki itu hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berbadan kurus tinggi dan berpakaian baju kemeja-T berwarna biru muda serta berseluar panjang hitam kali terakhir dilihat di rumahnya di Chegar Medang Benus. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2486810