KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu susulan sentimen berhati-hati ketika para pelabur menilai prospek dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.
Kontrak bulan semerta untuk kontrak November 2025 susut kepada US$3,981.70 setiap auns troy daripada US$4,008.40 manakala kontrak Disember 2025 menurun kepada US$3,998.60 daripada US$4,025.30 dan kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,016.80 daripada US$4,043.90 pada Selasa.
Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$4,032.70 setiap auns troy daripada US$4,059.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan berkurang kepada 34 lot daripada 63 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 139 kontrak daripada 151 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan harga pada US$3,951.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 4 Nov, 2025.
-- BERNAMA