PASARAN

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Dibuka Rendah

21/11/2025 10:13 AM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah ketika awal dagangan pada Jumaat.

Pada 9.35 pagi, November 2025 dan Disember 2025 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,617.0 dan 1,618.0, manakala Mac 2026 susut 8.0 mata kepada 1,599.0 dan Jun 2026 kekal pada 1,610.0.

Jumlah dagangan 1,761 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 43,849 kontrak.

Selepas 35 minit dagangan, FBM KLCI turun 2.21 mata kepada 1,617.75 daripada 1,619.96 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2493393