KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.10 mata atau 0.07 peratus kepada 1,616.46 daripada 1,617.57 pada Jumaat lepas.
Indeks penanda aras yang dibuka menokok 2.57 mata kepada 1,620.14, bergerak dalam lingkungan 1,615.47 hingga 1,621.26 sepanjang sesi dagangan awal.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 501 berbanding 454, sebanyak 538 tidak berubah, 1,294 tidak didagangkan dan 28 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan mencecah 3.26 bilion unit bernilai RM1.50 bilion.
Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 2.40 peratus kepada 48,625.88 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.42 peratus kepada 25,578.88, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.41 peratus kepada 4,487.26.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM9.96 dan RM4.30, CIMB meraih lima sen kepada RM7.51, TNB kekal pada RM13.10 namun IHH susut enam sen kepada RM8.06.
Kaunter paling aktif menyaksikan Tanco meningkat dua sen kepada RM1.06, Zetrix dan Velesto masing-masing susut setengah sen kepada 80.5 sen dan 23.5 sen manakala TWL naik setengah sen kepada tiga sen.
Selain itu, kaunter paling untung setakat hari ini adalah Malaysian Pacific yang menokok 46 sen kepada RM31.24, F&N naik RM1.18 kepada RM33.80, Dutch Lady meningkat 50 sen kepada RM29 manakala Unisem dan Mesiniaga masing-masing menambah 14 sen kepada RM3.32 dan RM1.34.
Sebaliknya, saham paling rugi adalah Petronas Chemical yang susut 24 sen kepada RM3.01, Mega First turun 12 sen kepada RM3.45, Chin Teck merosot 12 sen kepada RM10.66 dan Arka kehilangan 11 sen kepada 74 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 6.88 mata kepada 12,003.69, Indeks FBMT 100 naik 6.62 mata kepada 11,776.73 dan Indeks FBM Mid 70 meraih 73.55 mata kepada 16,914.58.
Indeks FBM Emas Shariah pula berkurangan 12.07 mata kepada 11,980.61 manakala Indeks FBM ACE merosot 47.23 mata kepada 4,894.36.
Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 60.74 mata kepada 18,436.74, Indeks Perladangan susut 18.77 mata kepada 8,217.86, Indeks Tenaga berkurangan 0.29 mata kepada 755.67 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup sebanyak 0.84 mata kepada 164.09.
-- BERNAMA